Selasa, 24 April 2018

BERITA

( AIRIN MALIDAKA )

GEMBIRA HARI KELUARGA BERTUKAR HIBA

06 June: Gembira program “Hari Keluarga” anjuran Fakulti Kemanusiaan Seni Dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertukar hiba apabila seorang pelajar wanita yang menyertai program tersebut dilaporkan meninggal dunia sekitar 7.00 p.m di Odec, UMS.

Mangsa dibawa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk siasatan lanjut dan disahkan oleh Dr. Azwani bahawa pelajar tersebut mati akibat hentakkan batu di kepala selepas dirogol berdasarkan sampel uji kaji yang telah dibuat.

Pernyataan telah disahkan oleh dua orang saksi yang turut berada ditempat kejadian ketika dengan menyatakan bahawa mereka dan mangsa sepatutnya pulang ke kolej kediaman masing masing selepas berakhirnya program sekitar 6.30p.m tetapi diserang hendap oleh lima orang lelaki tidak dikenali semasa dalam perjalanan menuju ke Kafeteria Marina. Walau bagaimanapun, kedua dua saksi yang turut hampir menjadi mangsa berjaya melepaskan diri lalu bergegas untuk melaporkankejadian kepada pihak keselamatan UMS.

Laporan kematian pelajar wanita itu bukan sahaja cetus kemarahan keluarga mangsa kepada pihak Universiti Malaysia Sabah bahkan menimbulkan huru-hara antara orang awam yang tinggal berdekatan dengan kawasan UMS akibat rasa tidak puas hati terhadap kawalan dan keselamatan yang dikatakan lemah susulan daripada kejadian kes rogol di kawasan UMS pada tahun-tahun yang sebelumnya.

Naib Caunselor UMS Professor Madya Dr. Faizam Akim bersama Inspektor Jeneral Mohd. Nazri Polis Pertahanan Negara dan Pegawai Keselamatan UMS menenangkan keadaan dan meminta pihak keluarga dan orang awam untuk bertenang bagi memudahkan siasatan yang seterusnya. 

ACARA SANTAI PUISI DBP BERSAMA NUMERA 
SEMARAKKAN CINTA BAHASA JIWA BANGSA


KOTA KINABALU: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan acara santai puisi DBP bersama NUMERA bertempat di bilik seminar DBP yang berlangsung pada 15 Mac bermula jam 9.30 pagi yang lalu. Acara tersebut telah dihadiri oleh wakil barisan Nusantara Melayu Raya (NUMERA), barisan pensyarah dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan mahasiswa/i UMS. 

Acara santai puisi yang dideklamasikan dengan pelbagai gaya penyampaian yang menarik oleh wakil dari NUMERA bukan sahaja lahirkan masyarakat yang cinta akan nilai kesusasteraan Melayu tetapi semarakkan cinta bahasa jiwa bangsa dalam kalangan peserta dan tetamu jemputan DBP yang turut hadir untuk menjayakan lagi acara santai puisi.

Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (KAMALA) iaitu sasterawan negara yang ke11 merangkap Presiden Sasterawan NUMERA berkata, “Kita boleh mempelajari pelbagai bahasa asing untuk wadah ilmu tetapi dari aspek lain kita juga perlu memartabatkan bahasa kebangsaan negara kita sebagai lambang jati diri bangsa”. Petikan kata-kata KAMALA, amat jelas membuktikan bahawa acara santai puisi DBP bersama NUMERA semarakkan cinta bahasa jiwa bangsa.

Program “Healthy Is Not A Goal, It’s A Way Of Living” 

Dedah Kepentingan Kesihatan


14 April: Fakulti Psikologi Dan Pendidikan telah menganjurkan program “Healthy Is Not A Goal, It’s A Way Of Living” secara terbuka kepada orang awam dan mahasiswa/i Universiti Malaysia Sabah untuk pendedahan akan kepentingan kesihatan bagi hidup. Program ini berlangsung selama satu hari bermula dari pukul 9.00 A.M hingga 4.00 P.M. Program ini dirasmikan oleh Prof. Madya Dr Rosni Bin Sulaiman daripada Kesihatan dan sekali gus menjadi penceramah program. Prof. Madya Dr Rosni Bin Sulaiman lebih selesa digelar sebagai Er Assoc. 

Er Assoc dalam ceramahnya mengatakan “Untuk memperoleh penyakit tidaklah terlalu mahal bahkan kita boleh mendapatkannya secara percuma, tetapi untuk merawatnya tidak ada yang percuma dan kita tidak mampu membeli kesihatan sekalipun kita adalah orang kaya.”

Kata-kata Er Assoc jelas sekali menekankan betapa pentingnya kesihatan. Selain daripada bengkel ceramah yang ada, pengisian program ini juga sangat menarik dengan pelbagai aktiviti seperti kendali emosi dan tingkah laku bagi setiap orang yang mempengaruhi kesihatan. Aktiviti tersebut bertujuan untuk menyalurkan ilmu kepada peserta untuk dapat mengawal emosi dan tingkah laku yang mendatangkan kesan buruk terhadap tubuh badan sendiri.



( MOHD NAZRIN BIN SALMADUL )

PENERANGAN LATIHAN PREKTIKUM

UMS KOTA KINABALU : taklimat mengenai latihan industri telah diadakan di Dewan Resital UMS pada 21 Mac 2018. Taklimat yang kendalikan oleh Dr Oliver Valentine Eboy itu berlangsung pada pukul 9 pagi telah dianjak dan berlangsung pada 2 petang bertempat di Dewan Resital. 

Sebelum taklimat diberikan, sesi mengambil kehadiran pelajar dilakukan dan diuruskan olehahli jawatan kuasa yang terlibat. Taklimat yang hanya melibatkan fakulti kemanusiaan seni dan warisan yang menggabungkan blok seni dan sains sosial yang akan menjalankan latihan industri pada semester akhir. Petang itu, Dr Oliver memberikan penerangan tentang proses penghantaran tesis. Penerangan yang disampaikan dengan teliti itu membantu pelajar yang menghasilkan tesis supaya tidak melakukan kesalahan dalam menghasilkan tugas akhiri mereka. 

Proses penghantaran juga tidak lagi memerlukan untuk dibukukan dengan menggunakan hard cover iaitu kulit keras tetapi hanya perlu dihantar dengan menggunakan soft copy dalam format pdf. Selain itu, taklimat juga menekankan agar pelajar mengikut format universiti dan perlu menghantar mengikut program yang telah didaftarkan dan perlu melalui akaun pelajar sendiri. Bukan itu sahaja, dalam taklimat yang diberikan oleh Dr Oliver juga telah memberitahu pelajar FKSW tentang tarikh penting menghantar tesis mereka. taklimat tersebut telah berlangsung dalam masa satu jam dan berakhir pada pukul 3 petang.

SANTAI BERSAMA SASTERAWAN NEGARA DI BLOK SENI FKSW

UMS KOTA KINABALU : Blok Seni FKSW telah dilawati oleh seorang Sasterawan Negara. Datuk Dr Ahmad Kamal Bin Abdullah telah bertandang ke Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan iaitu bertempat di Blok Seni pada 15 Mac iaitu bersamaan dengan hari Khamis minggu lepas. Selepas itu majlis santai tela diadakan di Theateret Ahmad Nispu pada sebelah petang.

Program santai yang dirasmikan oleh Dekan Fakulti Kemanusiaan sendiri iaitu Prof Ismail Ibrahim sendiri dan Sharip Zainal bertindak sebagai juru acara. Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau nama penanya Kamala telah memberikan sedikit ucapan sebelum majlis diteruskan ke acara seterusnya. Penerang tentang NUMERA juga disampaikan oleh beliau dengan terperinci. NUMERA atau Nusantara Melayu Raya merupakan satu gerakan yang diketuai oleh Datuk Kamala sendiri sebagai presiden dan dinaungi oleh beberapa ahli lain seperti Pak Amir, Umar Uzair, Shirley Idris dan Dato Dr Nashuha Jamidin. Penubuhan NUMERA ini berpaksikan sastera Nusantara yang mengangkat bahasa Melayu sebagai ibu bahasa. Dalam penerangan yang diberikan juga, Datuk kamala telah memberikan sedikit inti pati yang terdapat dalam NUMERA iaitu bukan sahaja memartabatkan bahasa Melayu tetapi juga menjadikan sastera Nusantara lebih mapan dalam dunia Melayu. 

Program santai tersebut diserikan lagi dengan pembacaan puisi daripada timbalan dekan Blok seni iaitu Dr Mohammad Puad bebit dengan gaya penyampaiannya yang tersendiri. Puisi 40MIM di bacakan oleh Pak Amir sendiri dengan gaya kesufian. Puisi yang dilagukan oleh saudara Umar Uzair bertajuk Cenderawasih dan diakhiri dengan puisi yang disampaikan dengan gaya tarian oleh Shirley Idris yang bertajuk bahasa bertamsilkan dosa. Sesi terakhir santai tersebut merupakan sesi soal jawab dan hanya dibuka kepada empat soalan yang diwakili oleh pelajar blok seni yang terdiri daripada pelajar seni kreatif yang mengambil major penulisan tahun 2 dan 3 dan diselangi dengan soalan daripada pensyarah major tarian iaitu Suhaimi magi. Acara santai tersebut diakhiri dengan sesi swafoto bersama Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah dan ahli-ahli NUMERA dan majlis selesai pada pukul 5 petang. 

TAKSUB DALAM BERCINTA

Kota Kinabalu : akibat terlalu taksub dalam bercinta, seorang remaja berumur lingkungan 19 tahun telah mengalami peristiwa hitam dalam hidupnya apabila telah dirogol oleh teman lelaki yang baru dikenali beberapa hari lepas. Kejadian yang berlaku pada 15 April di dalam kereta itu telah menyebabkan dia berada dalam keadaan trauma. 

Sebelum kejadian, mangsa yang baru saja habis waktu bekerja telah diambil oleh teman lelakinya yang telah menunggu di depan kedai dan terus membawanya pergi ke rumahnya lelaki tersebut. teman lelaki yang baru saja dikenalinya itu berumur 22 tahun dan bekerja sebagai buruh di sebuah tempat pembinaan. Dengan ketiadaan ibu bapa suspek, gadis remaja itu telah di bawa masuk dan berbual bual di ruang tamu rumah. dengan tinggal berdua, lelaki tersebut telah meletakkan pil perangsang dalam minuman gadis remaja itu menyebabkan dia berasa khayal. Tanpa berfikir panjang, suspek tersebut telah membawanya masuk ke dalam bilik dan membaringkannya di atas katil lalu membuka pakaian gadis remaja tersebut dan merogolnya. Mangsa yang tidak sedarkan diri terus lena akibat kesan pi khayal tersebut dan tidak mengetahui dirinya sedang diperkosa.



( RACHEL ROZANNE LEE CHOON @ RICHARD )

PROGRAM BERSAMA SASTERAWAN NEGARA KE-11

KOTA KINABALU, 13 Mac - Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan mengadakan satu program menyambut Sasterawan Negara ke11 yang dirasmikan oleh Professor Dr. Ismail Ibrahim, Dekan FKSW. 

Sasterawan Negara ke11 yang hadir iaitu Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah (KAMALA) merangkap presiden Persatuan Sasterawan Numera Malaysia (NUMERA) mengangkat kesusasteraan secara konsisten dan menduniakan Bahasa Melayu serata dunia. Antara ahli Nusantara Melayu Raya (NUMERA) iaitu Pak Cik Amir, Umar Uzair, Shirley Idris, Dato Dr. Nashuha Jamidin dan seorang wakil dari DBP. Semasa program berlangsung, ahliahli (NUMERA) membaca puisi mereka seperti Pak Cik Amir membaca puisi KAMALA (40MIM) dan Umar Uzair membaca puisi Cenderawasih yang didendangkan seperti lagu, kemudian Shirley Idris pula membaca puisi Bahasa Bertamsilkan Dosa.

Tidak ketinggalan, mereka memberi sedikit ucapan yang ingin diperluaskan bagi memahami siswa-siswi Tahun 2 dan 3 (major Penulisan) tentang persatuan NUMERA. Program ini dikendalikan dengan baik oleh En. Sharip Zainal sehingga tamat program tersebut. Program ini juga diakhiri dengan sesi bergambar bersama Datuk Dr Ahmand Kamal Abdullah dan ahli-ahli NUMERA.


GRAB DAN UBER MENJADI ISU DALAM UNIVERSITI

KOTA KINABALU, 13 Mac - Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengeluarkan notis pengharaman masuk Grab dan Uber ke dalam UMS sebagai respon kepada pihak autoriti di samping mengelak berlakunya kesesakan lalu lintas. Pengangkutan bas yang merupakan fasiliti yang dibayar oleh pelajar di dalam yuran sepanjang pengajian dinyatakan beroperasi secara tidak sistematik.

Oleh sebab itu, para pelajar banyak menggunakan Grab dan Uber sebagai pengangkutan alternatif untuk sampai lebih awal ke fakulti. Menurut Suara Mahasiswa UMS di dalam Facebook telah banyak idea dikemukakan, solusi, serta kritikan yang mahasiswa berikan namun malangnya seperti tidak didengari oleh pihak autoriti. Mahasiswa yang membayar yuran pengajian dan berhak untuk mendapatkan fasiliti yang sebaiknya. Oleh itu, pihak UMS telah mencadangkan dan dapat merumuskan Grab dan Uber boleh beroperasi pada hari-hari tertentu. 

Hal ini, pihak UMS menekankan bahawa peraturan dibuat sebagai mekanisme kawalan kesesakan lalu lintas, masalah keselamatan seperti isu-isu kemalangan dalam fakulti atau kediaman.

MAHASISWA TERPEDAYA DAN DIROGOL

KOTA KINABALU, 18 Mac - Penuntut wanita sebuah universiti tempatan menjadi mangsa samun dan rogol selepas diperdaya lelaki yang berpura-pura bertanyakan arah jalan malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika gadis berusia 22 tahun yang berseorangan itu baru pulang dari pasar malam menghala ke sebuah hentian bas sebelum didatangi suspek. Suspek berusia 20an itu berpura-pura bertanya arah jalan kepada mangsa.

Pada masa sama, suspek mengacukan pisau dan menarik mangsa ke dalam kereta lalu menghala ke kawasan gelap. Selepas memberhentikan kereta di kawasan gelap suspek merogol mangsa. Suspek turut merampas wang tunai RM200 dan telefon bimbit mangsa sebelum mengarahkan mangsa turun dari kereta.

Mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut dan satu pasukan khas kini sedang memburu suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol, Seksyen 392 dan 397 kanun sama, iaitu merompak dengan bersenjata serta cuba menyebabkan kematian atau cedera parah.

Mangsa dengan dibantu kakaknya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9 selepas kejadian dan kes berkenaan turut tersebar melalui aplikasi WhatsApp.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANALISIS POSTER

SICCIN 3 ( RACHEL ROZANNE ) PENGENALAN Poster merupakan salah satu media promosi yang memaparkan tulisan, gambar atau pun kom...