Sabtu, 28 April 2018

ANALISIS FILEM



( SICCIN )

( MOHD NAZRIN )

Sinopsis

Filem siccin 3 yang mengisahkan tentang tiga orang sahabat yang telah terpisah akibat beberapa peristiwa yang telah menimpa mereka. siccin 3 ini menceritakan tentang seorang lelaki yang bernama Orhan yang telah kehilangan isteri yang amat dicintainya dan dia hidupnya kesunyian. Akibat tidak dapat menerima kehilangan isterinya itu, dia telah menggali semula makam isterinya dan membawa pulang mayat isterinya. Dia telah meminta pertolongan daripada jin untuk menghidupkan kembali isterinya yang telah mati. Upacara menghidupkan kembali isterinya yang bernama kader dilakukan di rumahnya di bahagian bawa dengan pintu yang tertutup dan tiada orang yang dibenarkan masuk ke sana. Pada malam dia membawa mayat isterinya pulang ke rumah, dia telah tempatkan isterinya kader di bahagian bawah yang tiada orang tahu. Orhan membaca mantera dengan harapan isterinya itu kembali bernyawa dan hidup bersama dengannya. Sebaik sahaja mantera dibaca, beberapa minit kemudian jin telah menyerupai isterinya dan hanya Orhan sahaja yang boleh melihat kelibat isterinya itu. 

Orhan menjaga isterinya dengan sebaiknya dan Kader tidak mengingati peristiwa yang telah berlaku terhadap dirinya. Rumah yang mereka tinggal sangat menyeramkan dan Orhan telah menjampi rumah tersebut agar tidak dimasuki sesiapa pun. Kawan Orhan iaitu Sedat telah mengunjungi rumah Orhan dan mendapati rumah itu agak menyeramkan. Dia telah masuk ke rumah itu dan masuk ke bahagian terlarang yang menempatkan mayat Kader dengan mantera yang terletak di bahagian tangannya. Sedat sangat terkejut dengan perkara yang dilihatnya dan telah mengambil mantera itu seperti yang diarahkan oleh seorang imam dan membakarnya. Akibatnya, jin yang menyerupai isteri Orhan itu telah menjerit dan hilang dari rumah tersebut. Orhan yang pada waktu itu baru sahaja sampai ke rumahnya terkejut isterinya telah tiada dan dia menjadi gila. Anak kepada Sedat telah pulih dan boleh bermain seperti sedia kala. 

Tema 
Dalam filem yang dikaji terdapat beberapa tema yang terkandung dalam filem Siccin ini antaranya :
i. Kesetiaan seorang suami yang tidak mahu kehilangan isteri yang dicintainya. 
ii. Kepercayaan yang membawa kehancuran hidup.
iii. Kesetiaan seorang sahabat membantu rakannya agar tidak terus melakukan kesilapan dalam hidup
iv. Tanggungjawab seorang bapa terhadap anaknya

Watak dan perwatakan
Dalam filem siccin ini mempunyai beberapa watak utama yang mengerakkan cerita dan disokong oleh watak sampingan yang membantu perjalanan cerita. 

Adnan Koc – Orhan
Watak Orhan merupakan seorang yang penyayang dan bertanggungjawab. Orhan mempunyai seorang isteri yang bernama Kader yang sangat dicintainya. Sejak Kader meninggal dunia, hidup Orhan telah berubah. Dia telah melakukan perkara yang salah dalam hidupnya iaitu telah meminta bantuan jin untuk menghidupkan isterinya Kader. Dia telah menjadi gila dan hilang tanpa berita.

Busra Ayaydin – Kader 
Watak Kader ialah isteri kepada Orhan. Kader merupakan seorang wanita yang cantik dan sangat dicintai Orhan. Dia telah meninggal dunia disebabkan kemalangan. Makam Kader telah digali semula dan mayatnya telah di bawa pulang oleh Orhan untuk dihidupkan semula dengan meminta pertolongan jin.

Cem Uslu – Sedat 
Sedat merupakan rakan kepada Orhan. Dia mempunyai anak dan isteri. Sedat bekerja di tempat yang sama dengan Orhan. Mereka merupakan rakan yang sangat akrab dan Sedat sering menghulurkan bantuan kepada Orhan. Sedat telah mengetahui tentang kematian Kader. Sejak dari itu, Sedat sedar akan perubahan yang berlaku terhadap Orhan dan dia cuba untuk selidik perubahan yang berlaku itu. Sedat seorang yang waras dan bertanggungjawab terhadap keluarganya dan dia sangat sayang akan anaknya. Dia telah mengambil keputusan untuk menolong Orhan dan cuba untuk sedarkan Orhan dari terus melakukan kesilapan. Dia telah mengetahui perkara yang dilakukan oleh Orhan dan telah pergi ke rumah Orhan untuk berjumpa dengannya. Dia telah masuk satu ruang di bahagian bawah rumah Orhan dan mendapati mayat Kader berada di sana bersama dengan mantera yang digunakan oleh Orhan untuk menghidupkannya kembali. Sedat telah membakar mantera itu menyebabkan jin yang menyerupai Kader itu menjerit lalu hilang. 

Latar (tempat dan masyarakat)
Dalam filem siccin ini terdapat beberapa latar tempat yang digunakan untuk menggerakkan cerita. 



1. Latar tempat 
i. Tempat kerja (kilang)
Kilang merupakan tempat pertama yang terdapat dalam cerita ini. Pada permulaan cerita, Orhan dan Sedat bekerja di tempat yang sama.

ii. Rumah Orhan 
Rumah Orhan menjadi tempat yang sangat menarik dalam plot cerita siccin. Hal ini kerana, di rumah tersebut mempunyai konflik yang membawa kepada skop yang besar dalam cerita. Di rumah tersebut mayat Kader disimpan di tempat yang terkunci. Orhan tidak membenarkan Kader yang dijelmakan oleh jin tersebut untuk masuk ke sana dan sekeliling rumah tersebut telah bacakan mantera. Dalam rumah tersebut juga, Orhan menghidupkan Kader yang dijelmakan oleh jin.

Di akhir cerita Sedat telah datang ke rumah tersebut untuk mengetahui perkara yang berlaku terhadap Orhan tetapi Orhan tiada di rumahnya dan yang tinggal di rumah tersebut hanya jin jelmaan Kader yang tidak dapat dilihat oleh Sadet. Sadet telah masuk di ruang bawah rumah tersebut dan mendapati mayat Kader berada di sana dan telah bertindak dengan membakar mantera yang berada di atas mayat kader. Akibatnya jin yang menjelma seperti Kader tersebut menjerit lalu hilang.

iii. Rumah Sadet 
Sadet telah pulang ke rumah setelah keluar untuk pergi ke rumah Orhan. Dia telah melihat anaknya Mehmet yang lumpuh sedang tidur. Setelah itu, dia kembali ke ruang tamu dan dia melihat perkara pelik telah berlaku di ruang tersebut dan ibunya telah menegurnya dan dia kembali sedar dari khayal tersebut. 


iv. Rumah ibu bapa Orhan
Jalan cerita yang ditunjukkan di rumah ibu bapa Orhan ini ialah plot kecil iaitu memperlihatkan kejadian pembunuhan ibu bapa Orhan. Ibu pada Orhan telah menghempap suaminya yang sedang tidur dengan batu nesar yang menyebabkan suaminya mati dan setelah itu, dia telah membunuh diri dan kejadian itu di ketahui oleh Orhan.

v. Rumah Veysel Hoca
latar tempat ini dapat dilihat pada watak Mehmet yang dirawat oleh tuan rumah tersebut dan memberitahu perkara yang berlaku pada anak Sadet dan keluarganya. Sadet telah mengetahui perkara sebenar dan perkara yang dilakukan oleh Orhan. 

vi. Tanah perkuburan
Latar tempat ini dapat dilihat di mana mayat Kader dimakamkan. Orhan telah menggali semula makam Kader dan membawa balik mayat Kader untuk dia hidupkan semula dengan pertolongan jin. Pada akhir cerita, Orhan kembali ke makam isterinya yang telah kosong dan melihat jelmaan isterinya memanggilnya dari belakang. 

2. Latar masyarakat
i. Masyarakat desa 
Masyarakat yang terdapat dalam filem siccin 3 ini berlatarkan masyarakat desa yang mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan melakukan pekerjaan kilang.

ii. Masyarakat yang percaya pada jin dan benda ghaib
Masyarakat ini dapat dilihat pada watak Orhan yang meminta pertolongan jin untuk menghidupkan kembali isterinya Kader yang telah meninggal dunia. Orhan yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa isterinya Kader telah meninggal dunia dan mengambil keputusan untuk menggali semula makam isterinya itu dan mengambil mayatnya lalu dibawa pulang untuk dihidupkan semula. 

iii. Masyarakat yang tolong-menolong dan prihatin
Sahabat kepada Sedat mengetahui masalah yang dihadapi oleh rakan sekerjanya itu dan ingin membantunya dalam menjalankan kerja-kerja di kilang tempat mereka bekerja. Selain itu, ibu Sedat juga prihatin terhadap nasib yang menimpa anaknya itu yang sering kali berasa gelisah dan takut.

Simbol (unsur kekaguman)
Simbol merupakan satu unsur yang terdapat dalam sesebuah filem. Dalam filem siccin tidak terlepas daripada unsur kekaguman. Unsur ini dapat dilihat pada 
i. Pembacaan mantera 
Pembacaan mantera ini dapat dilihat pada watak Orhan yang telah menggunakan mantera untuk memanggil jin untuk tujuan menjelmakan semula isterinya Kader yang sudah meninggal dunia.

ii. Penggunaan watak Jin
Dapat dilihat pada watak Kader yang dijelmakan oleh jin yang diseru oleh Orhan. Watak jin yang menjelma menyerupai Kader ini hanya dapat dilihat oleh Orhan dan tidak dapat dilihat oleh orang lain termasuk Sadet. Seterusnya, watak jin ini pada akhir cerita telah hilang disebabkan mantera yang digunakan untuk memanggilnya telah dibakar oleh Sadet.

Nilai
Nilai merupakan sesuatu yang baik dan boleh dicontohi dan diaplikasikan dalam kehidupan. Dalam filem siccin 3, terdapat beberapa nilai yang terkandung dalam kisah benar yang berlaku dalam masyarakat Turki ini. Hal ini demikian kerana, setiap masyarakat mempunyai nilai-nilai murni yang diaplikasikan dalam kehidupan mereka 

i. Cinta dan kasih sayang 
Nilai kasih sayang yang sangat tinggi ditunjukkan kepada suami dan isteri yang dapat dilihat pada watak Orhan dan Kader. Mereka sangat saling mencintai dan saling melengkapi. Disebabkan terlalu mencintai isterinya, Orhan tidak dapat menerima kenyataan bahawa isterinya telah meninggal dunia dan dia telah bertindak di luar batas dengan menghidupkan semula isterinya yang telah mati dengan meminta pertolongan daripada jin.

ii. Bertanggungjawab 
Nilai ini dapat dilihat pada watak Sadet yang sangat menjaga anaknya Mehmet yang lumpuh dan sering diganggu oleh perkara buruk. Oleh sebab sayang akan anaknya, Sadet telah membawa anaknya Mehmet berjumpa dengan seorang imam yang arif tentang perkara berkait dengan agama.

iii. Baik hati
Nilai baik hati ini ditunjukkan dalam pada watak rakan kepada Sadet. Rakannya bimbang akan masalah menimpa Sadet dan sekiranya Sadet memerlukan pertolongan dia cuba untuk membantu. Di tempat kerja juga dia sedia membantu Sadet tetapi Sadet tidak mahu menyusahkan rakannya itu. 

iv. Tidak berdendam 
Tidak berdendam merupakan satu nilai yang baik dan perlu diserap dalam diri setiap insan. Nilai ini dapat dilihat pada watak Orhan yang sudah memaafkan kesilapan Sadet. Dia ingin bertemu dengan Sadet dan anaknya Mehmet. Mereka dijemput datang ke rumah Orhan untuk makan malam bersama-sama. Orhan sedar akan kesilapan yang dilakukannya dengan tidak bertegur sapa dengan Sadet akibat masalah yang menimpa mereka. 

Kesimpulan
Filem siccin 3 ini banyak memaparkan kisah sebenar yang berlaku dalam masyarakat mereka. plot serta jalan cerita yang ditunjukkan dalam filem ini telah berjaya menimbulkan satu kesan yang dapat dirasakan oleh penonton dan ini turut di bantu dengan menerapkan unsur kekaguman dan keterujaan penonton. Filem ini telah digarap dengan baik dengan mengetengahkan isu yang berlaku dalam masyarakat. 



1 ulasan:

ANALISIS POSTER

SICCIN 3 ( RACHEL ROZANNE ) PENGENALAN Poster merupakan salah satu media promosi yang memaparkan tulisan, gambar atau pun kom...