Ahad, 29 April 2018

ANALISIS POSTER




SICCIN 3
( RACHEL ROZANNE )

PENGENALAN

Poster merupakan salah satu media promosi yang memaparkan tulisan, gambar atau pun kombinasi antara kedua-duanya dengan tujuan untuk memberikan informasi kepada khalayak ramai sama ada sebagai alat propaganda, protes, penayangan filem, sesuatu majlis penting dan pelbagai lagi agar diketahui oleh orang awam. Informasi yang ada pada poster secara umumnya bersifat untuk mengajak masyarakat. Selain itu, di dalam blogger Ahmad Maulana (2016), poster ini umumnya ditampal di dinding atau permukaan yang biasanya di tempat-tempat umum yan ramai orang awam agar informasi dan pesanan yang terdapat di dalam poster tersebut boleh sampai kepada masyarakat. 

Poster juga mempunyai beberapa jenis iaitu poster niaga, poster kegiatan, poster pendidikan, poster layanan masyarakat, poster Propaganda, berisi tentang pengaruh yang diberikan kepada masyarakat umum, poster pencarian iaitu poster yang mencari sesuatu yang dicari sama ada manusia mahupun benda, poster Filem, poster Animasi, dan poster Komersil. Unsur penting di dalam poster hendaklah mempunyai slogan yang menarik, penggunaan warna, pemilihan jenis huruf dan cara letak penulisannya perlu diambil kira dengan teliti kerana itu merupakan unsur-unsur terpenting di dalam sebuah poster. Secara umumnya, di dalam penerbitan filem poster merupakan titik yang terpenting kepada kejayaan filem tertentu. 

BAHASA DAN TEXT/FONT 

Font merupakan salah satu elemen kreatif di dalam dunia design yang sangat unik. Secara umumnya, font boleh ditafsirkan sebagai “visual language” atau lebih bermaksud “Bahasa yang dapat di lihat”. Menurut Roy Brewer (1971) pula, font dapat diertikan sebagai proses dalam pemilihan baris-baris susunan huruf yang tidak termasuk unsur ilustrasi. 

Berdasarkan poster Siccin 3 (2016) jelas menunjukkan penggunaan font yang jarang digunakan iaitu “U-chan”. Jenis keluarga U-chan tergolong daripada Latin (text). Terdapat banyak jenis antaranya seperti Regular, Italic, Medium, Medium Italic, Bold, Bold Italic, Black, Black Italic, Extra Bold, Extra Bold Italic. Namun demikian, font U-chan yang digunakan dalam poster ini lebih kepada Bold dan Regular font sahaja. Penggunaan font ini di dalam poster ini lebih terlihat menonjol berwarna kelabu menggambarkan warna yang menakutkan dan merah menggambarkan warna yang seram. Hal ini demikian kerana, pemilihan warna latar belakangnya yang menonjol seperti warna coklat dan hitam sangat sesuai menggunakan warna sedemikian. Selain itu, susunan tulisannya juga kelihatan sekata dan lebih menarik kerana tersusun dan mata audiens mudah tertumpu terhadap tajuk filem tersebut di dalam poster. 

WATAK DAN PERWATAKAN 

Selain itu, di dalam poster filem ini ada meletakkan watak utama di dalam filem ini. Wajah watak utama selalunya akan digunakan di dalam poster sama ada watak protaganist mahupun antagonis. Ini akan menambahkan lagi tarikan terhadap pencapaian filem tersebut ditambahkan lagi pelakon tersebut adalah terkenal. 

Poster filem Siccin 3 tertarik kepada satu perkara. Perkara yang menjadi faktor utama dalam sesebuah filem. Bagi watak lakonan iaitu Adnan Koc sebagai Orhan dan Busra Ayaydin sebagai Kader. Dua watak ini cukup menonjol. Inilah watak yang mampu memberi gambaran yang sangat seram. Lihat kepada perwatakan Orhan dalam poster tersebut, wajahnya seperti seorang yang kelihatan serius dan bersifat natural dan perwatakan Kader dalam poster menunjukkan dua wajahnya yang berlainan di mana sebelah kanan masih wajah sebenar dan sebelah kiri kelihatan sangat menakutkan. Watak-watak yang penting diletakan dalam poster untuk menarik perhatian para penonton. Cara make over and makeup berjaya dengan menghasilkan muka buruk Kader untuk lebih menghayati watak bukan sahaja dari segi fizikal, malah penghayatan serta mainan emosi pelakon itu berjaya mendapat tempat dihati penonton. 

BUSANA 

Busana dan make up merupakan unsur yang penting di dalam poster. Hal ini demikian penggunaan busana dan make up ini mampu menghidupkan penggunaan grafik terhadap watak di dalam poster. 

Poster di dalam filem Siccin 3 telah memaparkan dari segi penggunaan busananya adalah berdasarkan daripada unsur budaya Turki. Dimana kita dapat lihat busana Orhan dalam poster dia menggunakan baju tshirt lelaki leher panjang berwarna hitam dan berblazer coklat lagi menampakkan genre filem tersebut. Busana Kader pula menggunakan gaun berlengan panjang berwarna putih bagi menampakkan lagi perwatakkan yang dibawa. 

PERALATAN DALAM POSTER 

Dalam menjayakan sebuah filem peralatan amat memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan sebuah filem yang amat menarik, kemas dan teratur. Hal ini kerana, peralatan-peralatan yang digunakan adalah salah satu penyebab sesebuah filem itu berjaya ataupun tidak kerana mempunyai fungsi yang tersendiri. 

Dalam filem Siccin 3, terdapat banyak peralatan yang digunakan dalam menjayakan filem tersebut. Antaranya ialah mantera yang berfungsi sebagai satu alat yang digunakan pada masa itu tujuan mengamalkan dan menjelmakan semula seseorang yang sudah meninggal.



( AIRIN MALIDAKA )

LATAR TEMPAT
Latar tempat yang terdapat di dalam poster filem ini ialah perkampungan yang kecil kerana dikelilingi pokok-pokok. Namun, pokok dalam poster tersebut sudah mati dan tidak berdaun lagi. Pokok besar yang sudah mati biasanya sering dikaitkan dengan pokok berhantu ataupun mempunyai roh penunggu di sebaliknya oleh masyarakat. Oleh itu, dalam poster ini, dapat difahami keseluruhan filem ini yang berkaitan dengan pokok mati.

SIMBOL DALAM POSTER
Simbol dalam poster merupakan elemen yang amat penting. Simbol memainkan peranan untuk menarik perhatian orang ramai melihat poster yang dihasilkan kerana dengan adanya simbol maka unsur emosi dapat disampaikan kepada klien. Oleh itu, antara simbol yang terdapat dalam poster ialah reka bentuk abjad, nombor, warna dan garisan. Setiap simbol ini mempunyai fungsi yang tersendiri. 

Reka bentuk yang terdapat dalam filem ini ialah grafik. Penghasilan grafik amat menonjol dan menarik perhatian untuk melihat poster dengan lebih jelas lagi agar dapat memahami konseptual yang ingin disampaikan dalam filem demikian berdasarkan poster.

Abjad dan nombor yang terdapat dalam poster ini ialah “SICCIN 3” yang ditulis dalam bentuk U-chan. Jenis fon tulisan abjad dan nombor amat penting untuk mempengaruhi fikiran setiap masyarakat yang melihatnya khususnya dalam poster filem. Pereka poster sengaja meletakkan jenis fon demikian kerana mudah dan senang dibaca tulisannya, dan apabila adanya nombor, pasti akan ada kesinambungan untuk kisah yang seterusnya.

Warna pula ialah warna hitam gelap (hitam) dan pencahayaan (putih). Warna hitam melambangkan unsur kegelapan. Unsur kegelapan biasanya sering kali dikaitkan dengan roh jahat, hantu, roh alam, kuasa gelap dan sebagainya. Manakala warna putih melambangkan kesucian, kebaikan, kuasa yang baik, cahaya. Oleh itu, dalam poster ini dapat dilihat dengan jelas mengenai mesej yang ingin disampaikan dalam filem melalui poster iaitu berunsurkan genre seram. Dari sudut lain pula, warna terang iaitu putih sengaja dimasukkan dalam poster agar imej watak yang ingin dipaparkan dapat dilihat dengan jelas.

Garisan pula ialah simbol jalinan yang menampakkan emosi yang terdapat dalam filem atau poster tersebut. Garisan yang terdapat dalam poster ini ialah memancar dari terang ke gelap di sekelilingnya iaitu berpinar-pinar. Garisan memancar ini selalunya dikaitkan dengan pancaran matahari yang memancarkan cahaya di seluruh tempat tetapi di dalam poster pancaran tersebut semakin suram dan gelap. Ini menunjukkan kisah yang ingin disampaikan dalam poster ini mengenai awal yang penuh bahagia tetapi akhirnya penuh kekesalan dan kesedihan yang sekali gus membawa watak yang terlibat ke dunia ilmu hitam.

BANGUNAN RUMAH HUTAN
Tempat yang terdapat di dalam poster ini ialah rumah. Hal ini boleh dilihat melalui tingkap rumah yang terdapat di belakang watak. Oleh itu, berdasarkan dari penelitian melalui tingkap tersebut, dapat difahami dengan jelas tentang tingkap rumah yang memainkan peranan penting untuk wanita yang dilihat dalam gambar poster yang mana lelaki di sebelah wanita tersebut perlu menutup tingkap di waktu siang bagi melindungi wanita di sisinya daripada terkena pancaran matahari agar muka dan badannya tidak melecur oleh terik mentari.

UNSUR KEKAGUMAN
Unsur kekaguman yang terkandung di dalam poster ini ialah wajah wanita yang terdapat di dalamnya. Wajah yang melecur tersebut menjadi titik persoalan terhadap orang yang melihat poster untuk memberi andaian terhadap kenapa wajah wanita itu melecur. Badan melecur biasanya dikaitkan kebakaran rumah tetapi yang memberi perhatian untuk melihat semula poster ini ialah latar belakang gambar poster tidak ada ditunjukkan unsur rumah kebakaran. Oleh itu, wajah yang melecur di wajah wanita dalam poster menjadi unsur kekaguman orang ramai untuk mengetahui punca mengapa wajah wanita tersebut melecur dengan memilih untuk menonton filem bagi mengetahui kisah sebenarnya.

DOMINASI WATAK
Dalam poster ini, antara nama pelakon yang terdapat ialah Adnan Koc (Orhan), Busra Ayaydin (Kader), Cem Uslu (Sedat), Nevin Efe (Hatice), Yavuz Pekdiker (Davut), Elif Baysal (Fatma), Yavuz Cetin( Veysel Hoca), Omer Musab Kucukler (Mehmet), Gulten Kesgin ( Kevser), Deniz Gundogou (Asye), Kadir Celik (Kadir), Mehmet Cakmak (Halil), dan Ulku Hilal Ciftci (Elif). Fokus hanyalah kepada watak yang mendominasi poster filem ini. Dominasi watak yang terdapat dalam gambar poster filem ialah Adnan Koc yang mengambil watak sebagai Orhan, dan Busra Ayaydin sebagai Kader. Orhan dan Kader ialah pasangan suami isteri yang saling mencintai. Dalam poster ini, watak yang diberi fokus hanya mereka berdua yang mana Orhan tidak dapat menerima kenyataan akan kematian isteri yang dicintainya iaitu Kader. Oleh itu, dapat difahami dengan jelas bahawa dominasi watak kedua pelakon ini memainkan peranan penting dalam keseluruhan cerita yang bakal dibawa dalam filem.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, menganalisis poster filem ini tidaklah mempunyai skop yang sangat besar untuk dikaji tetapi mempunyai makna yang sangat luas untuk difahami dan dijadikan pengajaran hidup oleh setiap lapisan masyarakat. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANALISIS POSTER

SICCIN 3 ( RACHEL ROZANNE ) PENGENALAN Poster merupakan salah satu media promosi yang memaparkan tulisan, gambar atau pun kom...